KAMI THE MOVIE

Posted: September 25, 2008 in Hiburan

Hari Raya Pertama 2008, KAMI The Movie.

Pernah menjadi satu fenomena apabila drama KAMI buat pertama kalinya ditayangkan di televisyen.

Jika tidak silap saya, di Saluran 8TV.

Kini, pasti ramai ternanti-nanti ‘comeback’ KAMI yang bukan dalam bentuk sambungan drama KAMI 2 tetapi terus ke layar perak, KAMI THE MOVIE.

Sekali imbas, KAMI THE MOVIE menampilkan kisah lima rangkai kawan baik: Ali, Lyn, Abu, Adii dan Sofie.

Sinopsis mudahnya, kisah bermula dengan Abu melarikan diri dari pusat tahanan dan the Girls yang baru sahaja selesai menyudahkan exam SPM. Kemudian, filem ini berkembang dengan satu tagLine yang cukup membuatkan semua tertanya – tanya , ” 1 Rahsia,,,, Mungkinkah Rahsia akan Mengubah Segalanya ?”

Jujurnya, kisah KAMI ini sangat menarik untuk diketahui sambungannya dan kesudahannya.

apapun, untuk dapatkan gambaran awal di : http://www.projekkami.com

Setelah berziarah di Aidilfitri, singgahlah ke Pawagam berhampiran untuk KAMI THE MOVIE !

Komen-komen
  1. mysarah berkata:

    nk tgk ….dgn sape ek?hehe

Tinggalkan komen