Sorotan seminggu yang padat dengan segala cacamarba ~
16 September
Tok Anwar belum lagi menjadi Perdana Menteri Ke-6 Malaysia. Hari Malaysia yang disambut aman dan penuh tanda tanya tempoh hari berlalu tanpa sebarang insiden ‘rampasan kuasa’ Tok Anwar dan konco-konconya.
Kata Tok Anwar, nak bagi tempoh dua minggu pada Pak Lah untuk ajak berunding. Kata Tok Anwar lagi, dah beri surat rasmi pada Pak Lah untuk adakan sidang khas Parlimen 23 September ini. Kata Tok Anwar, nak gagaskan USUL TIDAK PERCAYA pada BN dan siarkan secara eksklusif SENARAI ‘PEMBELOT’.
Letak Jawatan
Pak Zaid, Menteri Undang-undang nekad untuk letak jawatan. Pak Lah bagi cuti untuk fikir dulu tapi Pak Zaid tetap nak letak jawatan. Alasannya, sebab tanda protes tentang ketidakadilan penggunaan ISA. Mungkin juga, tanda ‘merajuk’ pada Pak Lah sebab tak pecat Tok Muhyiddin.
Pak Zaid juga sekeras-kerasnya menafikan penglibatannya dengan mana – mana parti dari Pakatan Rakyat sekalipun beliau kini ‘sealiran’ perjuangannya untuk menghapuskan ISA. Malangnya, Pak Zaid dah berundur sebelum bertempur.
Tukar PortFolio
Tidak semena-mena, Pak Lah dan Tok Najib bertukar portfolio. Seorang dari Pertahanan ke Kewangan, seorang dari Kewangan ke Pertahanan. Sangat ‘questioning’ mengenai tindakan ini.
Apakah benar ini satu pelan peralihan kuasa ? Apakah benar ini satu ujian pantau Pak Lah ke Tok Najib ?
Yang pasti, Pak Jangan Tertidur pula Mempertahankan negara. Yang elok, Tok Jangan Tunduk pula menguruskan kewangan negara.

MUhyiddin Kebal
Nyata, Tok Muhyiddin seorang yang boleh dikatakan kebal dalam UMNO kini. Ada suara katanya Tok Muhyiddin akan dipecat setelah mesyuarat MT UMNO tapi realitinya meleset. Tok Muhyiddin masih ada lagi.
Dan, memeranjatkan, ramalan ramai pihak yang Pak Lah-Tok Najib akan umumkan sebagai regu bertanding setelah tamat meeting MT UMNO tidak menjadi kenyataan. Apakah Pak Lah benar – benar nak blah ?
Datuk K Tetap Nafi
Tidak ketinggalan, mangsa gosip Datuk Seri Hj Khalid Jiwa terus – terusan menafikan yang beliau memadukan Datuk Hjh Siti Nurhaliza. Gosip melanda seluruh negara dan kemungkinan rantau asia tenggara ini, seorang pramugari dari Ipoh, Perak adalah ‘isteri’ terbaru Datuk K.

Tapi, lagak Datuk K dan calon isteri solehah, Datuk Siti pada satu majlis minggu lalu ternyata menggambarkan itu adalah satu gosip jahat semata – mata.
Hanya Allah Maha Mengetahui
Kata Penamaya
Tentunya, politik negara masih lagi belum menunjukkan tanda – tanda hendak stabil.
Baik Tok Anwar dengan ‘perang saraf’nya.
Baik UMNO dengan ‘keletah’ gaduhnya.
Baik Pak Lah yang semakin ‘messy’ & ‘confuse’
Baik Tok Najib yang ‘crystal clear’ ke puncak kuasa
Baik Tok Muhyiddin yang ‘gigih’ mempromosi diri.
Cuma seperkara,
Apakah benar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang perlu dihukum ?
Saya tetap dengan pendirian, PAK LAH TIDAK PERLU BERUNDUR LAGI !
