13 November 2008 tentu akan terpahat sebagai hari paling bermakna dalam hidup aku.
Hari apabila aku selesai mengadap semua tanggungjawab exam selaku pelajar Sarjana Muda di UM.
Hari apabila kami sekeluarga Bahas SMAPK08 berkumpul dalam satu majlis Jamuan Akhir Tahun di SMAPK.
Alhamdulillah.
Biarlah bukan di Kelab Danau UKM atau pun di Restoran Lemon David Teoh, berilah keadilan kepada sebuah bilik yang menjadi saksi segala penat lelah, hempas pulas, suka duka, gelak tangis, untuk meraikan ukhwah, kesyukuran, persahabatan, semua dan segalanya berkaitan kami, Bahas SMAPK08 !
Penggal persekolahan 2008 telah berakhir semalam.
Hisyam, Mus dan Razin sedang berperang mengadap seksa dunia, SPM. Sementara yang lain, semuanya sedang mula menikmati cuti akhir tahun yang panjang.
Sememangnya, tahun 2008 aku mengecapi segala kepuasan bersama mereka.
Bukan sekadar puas bersama – sama bergelumang dalam susah payah, menang kalah mereka, malahan lebih dari itu.
Sebuah pengalaman yang tiada galang gantinya. Sebuah memori yang tiada nilai harganya.
Selepas ini, suasana nya pasti berbeza.
Hisyam, Mus dan Razin akan sah bergelar ALUMNI SMAPK selepas 2 Disember 2008 nanti.
Afiq, Lan, Rashid, Acap, Fitri dan Atif semuanya akan melangkah sebagai calon SPM09 pula.
Biarlah apa status yang akan kita miliki, namun ukhwah terbina WAJIB dipelihara !
DEDIKASI WIDA’
1. Hisyamudin dan Mustaqim – moga kita akan dapat bertemu lagi selepas ini. Turun lah berbakti, warisi lah apa yang kita telah lakukan selama korang masih ‘kecil’ sehingga sudah mencipta ‘nama’. Kalau pun tidak meneruskan perjuangan dalam bidang ini selepas ini, berkongsilah pengalaman dan ilmu bersama mereka yang sangat memerlukan. Ingat asal – usul kita !
2. Afiq – moga ada ruang dan peluang untuk bertemu lagi selepas ini. Biar pun ada geram dan kecewa ‘pengunduran’ afiq selepas ini, tapi itulah yang sebaik nya buat dan bagi Afiq. Memang penat dan ada tanggungjawab yang lebih perlu diutamakan tahun mendatang. Satu saja pesanan : Curilah kelapangan membantu mereka, mereka pernah membantu kita semasa kita kecapi semuanya. Afiq pegang rekod paling muda kecapi kejayaan dalam sejarah bahas SMAPK, tak salah juga mencipta rekod, paling muda sebagai Orang Belakang Tabir. saya percaya anda ~
3. Ali Asyraf – moga ada peluang kita bersua selepas ini. Memang sudah dekat di hati mereka dan SMAPK dengan saudara. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas segala bantuan dan pertolongan saudara ini sebelum, semasa dan selepas kita bergelumang bersama susah payah suka duka sepanjang tahun ini. Moga selepas ini, bertugas menjadi pendidik anak bangsa, jangan dilupakan, SMAPK lokasi pengalaman berharga yang pernah singgah dalam hidup saudara !
4. Izlan dan Rashid – peluang korang sudah tiba. Niatlah ikhlas, jangan ada sebarang pertaruhan untuk menyaingi atau mengatasi rekod. Itu buatkan niat terpesong. Insyallah, tiada aral, semuanya akan turun bersama membantu, sekali lagi kita kuasai arena ini !
5. Atif, Acap, Fitri & Razin – moga ada peluang kita lepak bersama selepas ini. Terima kasih kerana turut bersama kami semua. Menjadi penyokong paling kuat, hebat dan sporting. Satu pengalaman yang meng’enjoy’kan sepanjang tahun ini. Selepas ini, buatlah keputusan yang terbaik untuk korang supaya tiada yang menyesali apa-apa selepas ini.
Di akhirnya,
sejak 1999 aku sudah berada di SMAPK.
Kini, 2008 aku masih di SMAPK.
Banyak generasi bertukar generasi.
Banyak pengalaman dan ilmu aku peroleh dan aku kongsi.
Selepas ini, aku sudah menjengah ke fasa baru hidup yang pasti lebih mencabar.
Benar kata Kak M via YM, “Otel bermula di SMAPK dan berakhir pun di SMAPK” !
Kisah bersama mereka, 2008 aku noktahkan ~
9903 menimba ilmu,
0408 membalas bakti,
Bertandang diri tanpa jemu,
Kerna SMAPK sentiasa di hati.
Cinta Debat Luar Biasa,
Kasih Ilmu Dikongsi Ikhlas,
Cinta Semua Tiada Tara,
Jiwa ini, Kalianlah Teratas

Terima kasih ALLAH kerana menghadiahkan aku mereka ~