Arkib untuk April, 2009

UIA09: Transformasi ?

Posted: April 30, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Apa-apa yang akan saya coretkan ini hanyalah sekadar satu pendapat/pandangan/komen/kritikan/pujian berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang hampir 5 hari di bumi UIA. Bukan tujuan untuk mengangkat sesiapa, bukan juga tujuan untuk menjatuhkan sesiapa ya.

ZAMAN TRANSFORMASI

Di mana-mana pun sibuk menjajakan tema pembaharuan atau transformasi.

Baik dari pimpinan pentadbiran negara hingga lah ke siaran televisyen, tema ini diangkat dan dijulang dengan efisien nya.

Tidak ketinggalan juga, untuk Kejohanan Debat UIA Interschool 2009 ini. Tema cocoknya tetap disinonimkan dengan TRANSFORMASI.

Ada beberapa keadaan yang menggambarkan TRANSFORMASI ini tapi baik lah jika saya tidak menyatakannya secara terus. ada perkara yang Lebih Baik Diam.

SISTEM

Kebiasaannya, dilimitasikan kepada 80 buah pasukan tapi tahun ini berlebihan sehingga 100 buah pasukan. Untung kah ?

Kebiasaannya, pusingan double octo final dijalankan sekali tetapi tahun ini diadakan dua kali dengan jumlah layak pasukan turut ditambahkan kepada 32 pasukan ke kalah mati. Katanya, dijalankan dua kali yakni perlawanan tidak sekaligus adalah untuk memastikan KUALITI PENJURIAN… niat murni ni

Kebiasaannya, Top 8 pasukan setelah pusingan kelayakan terus layak ke Pusingan Octo Final tapi kali ini tidak kira lah dalam kelompok Top 8 pun, kena juga bergelumang di double octo.

Kali ini juga, perlawanan pada malam hari diadakan semula. Penat tuh ~

PENGINAPAN

 Setelah hampir 7 kali penganjuran, penginapan nya sangat lah klasik pada kelompok ‘marhalah’ yang ‘season’, tahun ini, ‘marhalah’ yang diberikan pihak penganjur sangatlah selesa. Benar-benar selesa dan sangat cocok dengan kepadatan pertandingan. Balik beradu dengan aman dan damai. Marhalah Aminah namanya, tempat ‘sisters’…..

Kebiasaannya, ramai peserta akan mengeluh dengan kondusi bilik air/tandas/bilik mandi sebab tidak bersih, tidak ada shower, ada kes tak jumpa ‘flush’ tapi kali ini lain cerita nya, ada blok ‘marhalah’ yang ada bilik mandi selesa tapi bekalan air nya tiada. Mungkin isu SYABAS dan Kerajaan Selangor tak habis-habis lagi ni….

PENDEBAT SANGAT BARU

Kali ini, dominasi pendebat – pendebat baru atau sangat baru sangat berleluasa. Kiranya, andai para pendebat sangat baru ini terus gigih menimba pengalaman dan berjuang, Kejohanan UIA ini akan jadi sengit dalam masa 2 – 3 tahun mendatang. Kita tunggu dan lihat ya…

Kengkadang kita perlu akui, ada satu tempoh transisi dari satu era pendebatnya sangat berkualiti dalam kuantiti yang ramai akan ‘hilang’ seketika diambil alih oleh zaman pendebat sangat baru ini. dan begitulah jua putaran nya nanti. Hukum alam debat agak nya….

KEPUTUSAN

Setelah hampir 8 tahun kejohanan dilangsungkan, SBP sangat mendominasi dengan hanya satu edisi juara kepada MRSM. Kali ini, SEKOLAH HARIAN / PERSENDIRIAN diangkat pula. Kiranya dah adil la tuh dengan nama kejohanan… Kejohanan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia. SBP dah, MRSM dah dan HARIAN/PERSENDIRIAN pun sudah. Adil ni….

Ok. Sekian dulu komentar nya.

Kadang – kadang kita perlu akui, hidup ini perlukan TRANSFORMASI.

Kadang-kadang juga, kita perlu tahu, TRANSFORMASI sukar untuk dibuat apatah lagi hendak diterima.

Tidak sabar nak tengok sekual TRANSFORMER……..

Part Akhir – UIA09: Kerana HIDAYAH Nya ~

UIA 09 : Edisi Tahniah ~

Posted: April 30, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

Tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kejayaan menganjurkan Pertandingan Debat Interschool kali ke-8 untuk sekolah-sekolah Malaysia tahun ini dengan jayanya.

Tahniah kepada SMI AL Hidayah, Johor dan SMK Green Road, Sarawak atas kejayaan muncul juara bagi kategori BM dan BI edisi ke-8 ini.

Tahniah juga kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) sebagai wakil tunggal SBP Malaysia ke peringkat akhir. Sekalipun muncul naib johan, itu sudah dikira sebagai satu pencapaian yang sangat bagus.

Tahniah juga kepada semua yang menerima pengiktirafan pada edisi kali ini.

Tahniah juga kepada semua yang mengambil bahagian, pendebat-pendebat muda pewaris ilmu debat negara ini.

Tahniah kepada UIAM yang pastinya. Usaha murni ini perlu sentiasa diteruskan bagi tahun mendatang.

Selepas ini…. UIA09: Transformasi ?  dan UIA09: Kerana HIDAYAH-Nya ~

Kabinet Baru Malaysia

Posted: April 9, 2009 in Dunia Semasa

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

393600najib_announcement_w

‘Mee Bandung RM8.50’

Posted: April 9, 2009 in Dunia Semasa, Peribadi

Salam.

Apa khabar semua ?

Rasa nya sangat lama x update blog.

Busy dengan perkembangan kehidupan.

Tapi ni aku nak kongsi story dengan semua, berkenaan kisah Mee Bandung berharga RM8.50. Baca lah kisah benar ni ye …..

1. Satu hari, aku dapat mesej dan kemudian diikuti dengan panggilan telefon dari seorang kawan.

2. Kawan ini pelawa aku pergi makan ‘Mee Bandung’. Katanya, aku Tak Perlu Bayar apa-apa dan percuma. Katanya lagi, nak menghargai persahabatan selama ini, tu yang ada yang nak Menaja.

3. Alhamdulillah lah kan.. ada orang nak belanja, nak taja.

4. Tapi masalahnya, hari yang dia nak ajak makan + belanja tu, aku Tak Pasti dapat datang atau tidak. Aku mentioned bukan pada dia seorang je tapi juga pada beberapa orang. Aku akan confirmed kan semula nanti.

5. Tiba-tiba, satu pagi yang boring, aku dapat mesej.

6 . Mesej tu kata, tarikh, masa dan tempat untuk menjamu ‘Mee Bandung’ Percuma ni adalah pada sekian…sekian…sekian… Confirmed ! Kena datang !

7. Aku pun terperanjat lah. Sebabnya nak dijadikan citer, tanpa disengajakan, pada tarikh, tempat yang sekian..sekian tu, aku memang Tak Dapat Nak Datang.

8. Then, aku pun mesej dan bgtau lah.. yang aku Tak Dapat Nak Datang untuk sama-sama memeriahkan niat murni mereka nak membelanja Mee Bandung ni. Aku say sorry pada mereka semua.

9. Tidak semena-mena nya, aku dapat mesej pula….. Kalau Tak Dapat Nak Datang, U Kena Bayar Mee Bandung ni RM8.50. !

10. Agak ‘boinkk’ ! Asalnya kata percuma, Asalnya kata nak belanja. Lebih dasyat lagi, aku tak dapat nak makan pun ‘mee bandung’ tu, then Kena Bayar pula… ?!!

mee-bandung-muar-copy

11. Bayaran nya pula sebanyak RM8.50. Mahal x ???

12. Sehingga hari ini, aku still refuse nak Bayar. Kerana, aku diajar untuk tidak membazir dan teguh pendirian tentang hak ..!

13. Tapi kan, apa istimewa nya sangat ‘Mee Bandung’ tu sampai harga nya mencecah RM 8.50 ?! Rencah nya ‘imported’ kah ? Telur kuning nya kilat berwarna kah ? Mee kuningnya ‘less’ kolesterol kah ? …

14. Aku hanya boleh bertanya & menganggap saja, sebabnya Aku Memang Tak Dapat Nak ‘Merasai’ nya…. !

15. Jadinya, moral of the story……… Komunikasi, Diskusi & Toleransi adalah Jalan Terbaik ! Tidak dilupakan, Yang Muda Hormati Yang Tua ~

bandung2

Gambar – gambar di atas HANYA HIASAN ~

Selamat ‘Menjamu Selera’ ~