Arkib untuk Mac, 2009

Selamat Kembali Tun M

Posted: Mac 22, 2009 in Dunia Semasa

1. Perhimpunan Agung UMNO bakal berlangsung sepanjang minggu hadapan.

2. Pak Lah akan turun takhta selaku Presiden UMNO, memberi laluan pada anak arwah Tun Razak, DS Najib mengambil alih kuasa. Tahniah !

3. Seperkara yang perlu diteliti menjelang pengakhiran kuasa seorang bernama Pak Lah adalah…….

KEKERAPAN MANTAN PM 5, YBHG TUN DR M DI HADAPAN MEDIA

4. Tidak mahu malah belum cukup berani hendak menimbulkan spekulasi, tapi cuba lah kalian perhatikan litupan media utama kini meletakkan kembali Tun Dr M ke ‘tempat lamanya’ atau pun ‘tempat asalnya’…

5. Satu yang mudah hendak disimpulkan, bukan senang, setelah 22 tahun menjadi pentadbir, ingatkan selepas itu boleh jadi orang belakang tabir, kempunan sebentar selama 5 tahun…. Kini, ibarat sirih pulang ke gagang ~

Y Bhg Tun Dr Mahathir, Selamat kembali ~~~

dr_mahathir