Arkib untuk Disember, 2009

Tinggalan… Part Finale

Posted: Disember 29, 2009 in Debat, Peribadi

.REALITI.

Jujur aku katakan, ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengerti apa yang aku rasai.

Buat apa aku nak tipu emosi aku.

Benar, aku sedang menangis!

Benar, aku sudah menangis!

Benar, aku akan menangis!

.REALITI.

Kali ini, aku tahu bukan aku seorang sahaja dalam emosi.

Semua orang.

Apa magis nya ukhwah ni ???

Perit kali ini, luar biasa bisa nya…….

.REALITI.

Memang aku nak berundur.

Aku takut aku tak da kekuatan seperti dulu.

Aku takut aku tak da keriangan seperti dulu.

Percayalah, semua akan jadi lain.

Masa aku, sudah lunaskan semuanya.

.REALITI.

Ukhwah ini dibina tanpa dijangka mahupun disangka.

Ukhwah ini dibina sambil menuntut mahupun berkongsi ilmu.

Ukhwah ini dibina atas hormat mahupun kasih.

Ukhwah ini dibina kerana aturan ALLAH yang MAHA MULUK !!!

.REALITI.

Terima kasih kerana menerima aku seadanya~

Terima kasih kerana sentiasa memahami, menghormati dan mengasihi sesamanya~

Terima kasih atas segala-galanya~

.REALITI.

Ampun maaf atas segala kekurangan~

Ampun maaf atas segala kata-kata yang menyakitkan~

Ampun maaf atas gurau senda yang melukakan~

Ampun maaf atas segala-galanya~

.REALITI.

Aku titipkan pesan ini pada mereka,

Jangan sesekali lupa asal-usul kita.

Jangan sesekali kesal dengan kisah kita.

Jangan sesekali alpa tanggungjawab kita.

Jangan sesekali lupa mereka yang banyak berjasa.

Aku yakin,

Mereka manusia yang sayangkan ukhwah ini !

.REALITI.

Ya Allah,

Kau permudahkan bagi mereka segala urusan.

Kau ganjari bagi mereka kejayaan yang terbaik.

Kau limpahi bagi mereka rahmat dan kasih sayang Mu.

Ya Allah,

Kau satukan lah hati kami.

Kau pelihara lah ukhwah kami.

Kau berkati lah kami.

.REALITI.

…… Hikayat indah kini, hanya sebuah Tinggalan…..

Tinggalan… Part II

Posted: Disember 21, 2009 in Peribadi

Alhamdulillah.

Peperiksaan paling ditunggu-tunggu mereka telah pun selamat dengan jayanya.

Walau ada rungut, walau ada keluh kesah…. yakin, mereka telah melakukan yang terbaik.

Sekarang, hanya menunggu masa……………..

Hukum alam itu adalah pasti.

~Bertemu dan Berpisah~

ada kalangan mereka hampir 5 tahun aku kenali

ada kalangan mereka tidak sampai 2 tahun aku kenali

entah apa magis nya mereka ini.

entah apa suratan ketentuan Allah temukan semua ini.

yang pasti, sepanjang ketentuan Allah ini, tiada saat yang tidak membahagiakan.

~Bertemu dan Berpisah~

mungkin akan ada kata ‘poyo r’..

mungkin akan ada kata ‘ntah apa-apa r’..

mungkin akan ada kata ‘geli r nak feeling lebih2’..

mungkin akan ada kata ‘macam la x boleh jumpa lagi’..

aku setuju

aku iyakan

aku x mampu diamkan……….

kadang-kala manusia perlu melayan perasaan…..

~Bertemu dan Berpisah~

biar pun aku hanya sekadar membimbing..

biar pun aku hanya sekadar melatih..

biar pun aku hanya sekadar membantu..

biar pun aku hanya sekadar menyokong..

tetapi

hikmah pertemuan dengan mereka adalah Lebih dari Sekadar…..

banyak masa hidup aku sejak 5 tahun yang lalu….

didambakan untuk dan bersama mereka~

Tiada sesaat yang tidak menenangkan….

~Bertemu dan Berpisah~

kita pernah ketawa bersama

selalunya kita senyum bersama

adakalanya kita jua menangis

Hidup ini terlalu didekasikan untuk dan bersama mereka.

Aku sangat pasti, selepas ini semua nya akan berubah…………

cuma aku masih ragu-ragu…

kuat kah mental dan jiwa menghadapi satu lagi perubahan ini……?

mungkin selepas 28 hb ini, diri aku akan temui jawapan nya~~~~~~~

Itulah hukum alam….

~Bertemu dan Berpisah~

Debat Diraja ’09: Part Finale

Posted: Disember 15, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

MUHASABAH BUAT KONTINJEN DEBAT UNIVERSITI MALAYA

Ini part akhir berkaitan Debat Diraja 2009 yang aku akan post kan.

Kali ini, secara peribadi, aku ingin sentuh tentang Pasukan UM itu sendiri.

Aku nak pinta maaf apa-apa dan baca lah post ini bukan dengan emosi kerana post ini ditulis pun bukan tunjangnya emosi.

Ya, fakta untuk pasukan BM, kita kalah semua team (4 kesemuanya) dengan tidak melayakkan diri ke suku akhir pun.

Tak mengapa. Kita harus terima dengan hati terbuka.

Selain merenung faktor-faktor luaran yang turut menyumbang, kita tidak boleh lari dari hakikat kelemahan dan kekurangan kita sendiri. Ada puncanya dari kalangan kita sendiri.

Jadi, musim 2009 mungkin bukan musim terbaik buat kita semua.

Tak mengapa. Kita harus terima dengan hati terbuka.

Apa yang ingin saya pesankan,

1) Fahami lah debat itu sebaik-baiknya.

2) Berusaha lah memahami dan menjiwai debat itu selurus -lurusnya.

3) Berhenti lah mengejar kemasyuran sebelum korang benar-benar layak mengapainya.

4) Gigih lah bertanya dan menuntut ilmu pada yang sealiran dengan kita.

5) Jangan lah menjadikan sejarah silam satu kebanggaan buat diri korang.

6) Bertawakkal lah pada Allah kerana bakat ini adalah hak-Nya.

Berubah lah ye kerana kita perlu sedar banyak tamadun itu runtuh kerana SIKAP masyarakat tamadun itu sendiri~

Jadi, buat semua yang sudi membaca setiap part berkaitan Debat Diraja 2009 ini, saya ucapkan terima kasih.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

Saya minta maaf secara peribadi.

Sekali lagi, saya titipkan kembali pesanan yang saya suarakan semasa di Pertandingan Akhir Debat Diraja tempoh hari.

‘Berdebat lah dengan penuh integriti, bukan dengan rasa iri hati’

‘Berdebat lah dengan penuh rasional, bukan dengan emosional’

‘Berdebat lah dengan semangat setiakawan, kerana HAKIKATnya Pentas Ini MILIK BERSAMA’


…. kerana kita terlalu cintakan perjuangan ini ….

SELAMAT MAJU JAYA PENCINTA DAN PEJUANG DEBAT

Debat Diraja ’09: Part 2

Posted: Disember 14, 2009 in Debat, Dunia Semasa

Salam.

PENGANJURAN MEMANG TERUK, PENGHAKIMAN PUN APA KURANGNYA…...

Aku secara jujurnya mengiyakan segala caci maki hamun keji nista dari orang-orang sekeliling tentang penganjuran Debat Diraja di UM baru-baru ini. Maklumlah, pertandingan debat menghimpunkan pendebat. Maklumlah, pendebat ini masing-masing ada ego tersendiri. Jadi, dari nak memanjangkan kesah, tidak salahnya kita mengiyakan.

Perkara dah pun berlaku. Jadi, biarkan ia berlalu. Apa yang betulnya, kita banyak belajar dari kesilapan dan mana-mana pihak janganlah mengulangi lagi kesilapan ni.

Serta, pada mana-mana pihak yang masih lagi terkesan dengan ‘penganjuran teruk’ UM tempoh hari, sudah-sudah la ye. Tidak gunanya mengenang yang buruk-buruk. Kita kalau hendak maju, kena tingkatkan perkara-perkara yang baik menjadi lebih baik. Chaiyok!!!

Seperkara lagi, aku nak komen tentang PENGHAKIMAN lah.

Pertama, jangan salah anggap atau salah sangka atau syak wasangka atau bawa mulut ye…. perkara ni aku rasa perlu dijadikan iktibar dan diambil tindakan segera.

Kedua, aku bukan nak merendahkan atau mempersoalkan kredibiliti sesiapa. Setiap ‘hakim’ ada penilaian tersendiri lebih-lebih lagi, debat ini memang satu seni dan seni ni memang abstrak untuk dinilai.

Apa yang ingin aku komen kan……

1) Penglibatan ‘hakim’ dari kalangan Pengawai IPT, jabatan-jabatan kerajaan, ahli-ahli profesional perlulah dimaksimakan.

2) Penglibatan ‘hakim’ dari kalangan bekas-bekas pendebat perlulah diminimakan.

3) Teknikal ‘hakim’ yang mengatur dan menyusun ‘hakim’ pada setiap perlawanan perlulah Ahli MADUM yang berkecuali. Bukan dimonopoli oleh sesebuah pihak semata-mata.

4) ‘Hakim’ dari kalangan bekas-bekas pendebat perlu lah dinilai sebelum diletakkan pada sesebuah perlawanan debat. Adalah tidak molek, ‘hakim’ dari kalangan bekas pendebat yang masih ‘junior’ diletakkan pada perlawanan pasukan ‘senior’. Ataupun ‘hakim’ dari kalangan bekas pendebat yang baru sahaja ‘bersara’ debat diletakkan pada perlawanan pasukan yang jarak ‘usia debatnya’ tidak jauh. Perkara ini adalah PENTING kerana SENTIMEN kalangan pendebat IPT ni sangat mendalam~

5) Bagi kalangan bekas-bekas pendebat yang menjadi ‘hakim’, perlu lah diletakkan limitasi bagi setiap IPT yang diwakili. Sebagai contoh, Alumni Pendebat dari setiap IPT hendaklah menghantar wakil hakim dan dihadkan kepada 5 orang sahaja. Ini bagi mengelakkan monopoli dan kekeliruan. Kita sedang dalam pertandingan Debat Diraja atau Pertandingan NC atau TNC IPT tertentu ni ??

6) ‘Hakim’ perlulah bersifat neutral dan tidak diseliti dengan sebarang sentimen atau ‘mind-setting’. Perkara ini sangat perlu dititik-beratkan dalam membuat penilaian. Hakimilah perdebatan bukannya kita yang jadi ‘hakim’ turut berdebat ketika menghakimi. Ini fi’il yang tidak patut dilakukan.

Secara keseluruhannya, aku menghormati segala usaha semua pihak terutama Pengawai-pengawai MADUM dan bekas-bekas pendebat IPT yang turut memeriahkan suasana. Akhirnya, keputusan telah dimuktamadkan, johan telah pun dijulang. Tahniah aku ucapkan secara peribadi.

Bagi mana-mana pihak, sekali lagi aku tekankan, aku bukan nya bersifat prejudis atau pesimis.

Aku cuma inginkan perjuangan debat ini terus suci dan tidak dipolitikkan.

Kalian adalah seorang pendebat, punyai bakat dan akal extra dikurniakan Tuhan,

Janganlah kerana dendam kesumat, emosi yang lebih kita julangkan.

Tulisan ini aku pesankan buat diri aku, aku pesankan buat sahabat-sahabat di UM dan tidak kurangnya sahabat-sahabat pendebat seluruh IPT.

Debat Diraja 09: Part 1

Posted: Disember 9, 2009 in Debat, Dunia Semasa, Peribadi

Edisi Ke-13 Debat Diraja yang berlangsung di UM sudah pun tamat petang 7 Disember yang lalu.

Aku ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat semua pemenang edisi kali ini. Usaha sungguh-sungguh korang semua akhirnya dirahmati dengan kemenangan ini. Tahniah !

Secara personal, aku sudah tidak terlibat sebagai pendebat dalam edisi kali ini. 3 edisi aku pernah sertai. Tahun 2005(semi), 2006(johan) n 2007(naib johan). Sejak edisi tahun lalu, aku sudah datang melihat. Kali ini, dilangsungkan di bumi UM, hendak atau tidak, memang aku perlu menolong apa yang perlu.

Secara jujurnya juga, aku sudah malas hendak berkias, biarlah kali ini aku jadi ‘direct’. Memang ada banyak perkara yang aku sesali sepanjang Royal ini berlangsung. Nak dikatakan, edisi ke-13 ni penuh dengan kesangsian.

Sebelum tu, aku nak senaraikan terlebih dahulu apa  Sejarah yang telah UM lakarkan sebagai Tuan Rumah Royal Debate 2009 ini:

A. Edisi Royal di UM bagi kategori Bahasa Melayu mencatat jumlah penyertaan terbesar. Yakni, hampir 80 buah pasukan.

B. Edisi Royal di UM telah dimulakan pada hari Jumaat,jarang-jarang pertandingan debat IPT lakukan. Ini semata-mata nak dapatkan ruang masa Tuanku pada Isnin.

C. Edisi Royal di UM juga telah mendapat perkenan Diraja untuk mencemar duli merasmikan majlis penutupannya. Sejak tahun 2005 tiada darah diraja yang mencemar duli, di UM Tuanku Raja Dr Nazrin Shah berangkat.

D. Edisi Royal di UM juga memperkenalkan konsep baru Majlis Makan Malam Anugerah MADUM yang baru. Yakni, makan dulu ala ‘buffet’ bawah khemah dan kemudian, baru masuk untuk tengok penganugerahan.

E. Edisi Royal di UM juga menyaksikan keempat-empat pasukan BM UM terkandas di pusingan awal dan tiada satu pun pasukan UM yang beraksi di pentas final.

Jujurnya, ada banyak kecelaruan dalam penganjuran bagi pihak UM.

Perkara ini memang sudah dijangkakan.

Dari awal lagi, UM memang tak nak tanggung ‘bebanan’ Debat Diraja ini. Dah habis ni, tak nak lah juga menjawab apa-apa.

Kepada pihak yang nak sangat UM jadi tuan rumah, terpulang pada penilaian.

Kalau serik, bagus lah.

Kalau sengaja, puas lah!