Arkib untuk Jun 4, 2008

Hari Alam Sekitar Sedunia

Posted: Jun 4, 2008 in Dunia Semasa

5 Jun 2008 telah dipilih sebagai HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA. Membawa tema berbunyi “KICK THE HABIT! TOWARDS A LOW CARBON ECONOMY” pastinya membawa suratan dan siratan maksud yang jelas mengenai hala tuju komuniti dunia untuk menyelamatkan alam sekitar kini.

Krisis pemanasan global dan perubahan mendadak cuaca dunia.

Krisis sumber semulajadi yang semakin berkurangan dan menghampiri kepupusan.

Krisis penarahan, penggondolan dan penebangan aka pembalakan penuh nafsu.

Krisis sisa dan pengurusannya di merata negara miskin.

Krisis ledakan populasi dunia.

Krisis komitmen dan kerjasama global mengenai alam sekitar.

Krisis pengetahuan, pendidikan, kesedaran dan kerjasama masyarakat.

So,

If we love our Earth..

If we care about the future generations..

Wake Up ! Time to Change !

Reforms our mind & behaviour !!!!

The Earth really needs our Love ~~~~

…… Enjoy our NEW Fuel Price & Happy Environmental Day ……

Minyak NAIK !!!

Posted: Jun 4, 2008 in Dunia Semasa

Ketika ini, berita lanjut mengenainya tak dapat saya sertakan. Tapi apa yang telah pasti, harga petrol naik sebanyak RM 0.78 sen manjadikan harga nya kini adalah RM 2.70 per liter BERKUATKUASA TENGAH MALAM ini !

Harga diesel juga dinaikkan sebanyak RM 1 daripada harga nya kini.

Dikatakan, rebat wang tunai akan diberikan sebagai timbal balik kenaikan harga bahan api. Walau bagaimanapun, hanya pada motorsikal dan kenderaan kecil sahaja. ( kapasiti cc nya masih saya tak pasti )

Dalam masa yg sama, tarif elektirik juga dikhabarkan akan mengalami perubahan kenaikan. Cuma, belum dapat dijelaskan lagi.

Maka, dari RM 1.10 menjadi RM 1.92 dan kini RM 2.70 per liter !!!!!

………….. sesuatu perlu difikirkan lah …………….

………….. tenaga alternatif nuklear, pilihannya ?? ………

SELAMAT MENIKMATI PESTA NAIK HARGA !

P. Ramlee The Musical 2 sudah kembali dipentaskan di ISTANA BUDAYA.

Kali ini, pementasannya memang segala-galanya baru sekalipun arahan & skripnya tetap org yang sama. Tahniah buat Datuk Zahim Al Bakri & Adlin Aman Ramli sebab menang anugerah di Boh Cameronian Awards baru – baru ini.

Pementasan kali ini sudah bermula sejak 28 Mei 2008 yang lalu dan dijangka berakhir 14 Jun 2008 ini. Penerajunya juga bertukar, bukan lagi Sean Ghazi tetapi Musly Ramlee. Azizah juga bukan lagi Datin Seri Hjh Siti tetapi Emelda ( kekasih Adlin.. kroni kah ini ? ). Lain – lain, masih sama. Satu lagi yang tak sama, kali ini Roslan Aziz yang akan memikul tanggungjawab untuk koordinasi muzikal nya. Menarik katanye….

Insyallah, jika tiada aral melintang, saya akan pergi menjamu hidangan P Ramlee The Musical ini memandangkan semasa pementasan kali pertama dahulu, saya ‘jual mahal’ atas pelawaan rakan. Rugi benar rasanya. So, this time, i’ll try to make it~

Panggung Sari Istana Budaya sememangnya antara ciptaan di Malaysia yang terunggul la ~

Pesanan : Jangan guna telefon bimbit semasa dalam Panggung Sari, anda akan disuluh !