100 Hari Rosmah sebagai Isteri PM
DOMESTIK
- Dasar Permata Negara diperkenalkan. Tujuannya untuk memperkasa dan memantapkan kanak-kanak genius supaya aset negara ini dijaga sejak dari ‘rebung’ lagi.
- Sekolah untuk permata Negara dilancarkan. Jalinkan kerjasama yang baik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Mempromosikan DS Najib Tun Razak sebagai suami terbaik dan perlu dijadikan contoh kepada semua suami di Malaysia. Promosi utama beliau, sikap kesabaran DS Najib…
- Memenangi Pertandingan Badminton Empat Penjuru antara persatuan-persatuan isteri YB/Menteri. Beliau tonggak utama BAKTI.
- Merayu kepada rakyat Malaysia agar seia dan sekata menyokong dasar kepimpinan suami beliau, DS Najib. 1Malaysia….
ANTARABANGSA
- Beliau menerima kunjungan hormat dan teristimew dari Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
- Beliau menggesa NAM menubuhkan ibu pejabat serantau berkenaan Institut Pengupayaan Wanita Bagi NAM.
Dan…..
Paling terkesan adalah….
3 Video khas berkenaan ‘First Lady’ Malaysia ni…..
Apa entah tajuknya, di YouTube….
p/s: Tetiba teringat satu tajuk filem seram melayu..”PUAKA Tebing Biru”…
PPM 2009 Milik SMAPK & SSP !
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dan Sekolah Seri Puteri (SSP), masing – masing telah dinobatkan sebagai Johan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri bagi edisi ke-36. Pertandingan Akhir ini telah dilangsungkan di PICC,Putrajaya pada 4 Julai 2009 yang lalu.
Saudara Mohd Nur Afiq Mohd Yasim dari SMAPK dan Saudari Amera Natasha Moore dari SSP dianugerahi Pembahas Terbaik Bahasa Melayu dan Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris bagi pusingan akhir ini. Sebagai makluman, kedua-duanya turut telah dianugerahkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi kategori masing-masing di HKSBP Mei lalu.
Ini adalah kejayaan kali keempat buat SMAPK setelah menjuarai kejohanan ini bermula pada tahun 2003, 2005 dan 2008. Sementara, kejayaan SSP ini lebih manis memandangkan ini adalah kali pertama PPM bertandang ke ‘destinasi baru’ SSP di Cyberjaya.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi.
Tahniah kepada semua !
1 HARI Lagi…..
Salam.
Saatnya sudah semakin hampir.
Cepat sangat rasanya masa berlalu.
Mungkin ada benarnya Kiamat juga sudah semakin hampir.
Kini,
tinggal 1 hari sahaja lagi…………………
Hendak kata sudah dalam momentum…
Hendak kata sudah dalam semangat dan ‘eager’…
Hendak kata sudah tersemat ilmu dan panduan…
Hanya mereka sahaja yang lebih arif…
Mudahkan lah segala urusan… Amin ~
Lancarkan lah segala urusan… Amin ~
Berkati lah segala urusan… Amin ~
Benar…… hanya 1 HARI Lagi…..

Akhir Bahas PPM 2009
Salam.
Post ini ditulis dengan tujuan memberikan info dan maklumat berkaitan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (SBP) 2009. Info ini juga bertujuan mempelawa semua pencinta bahas dan lebih utama Alumni SMAPK untuk sama-sama turun padang menyokong.
TARIKH : 4 JULAI 2009
HARI : SABTU
AKHIR BAHAS BI : 8.00 pagi – 12.00 thari ( SSP vs SMSAH )
AKHIR BAHAS BM : 2.00 ptg – 6.00 ptg (SMAPK vs SMSS )
TEMPAT : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)
SELAMAT BUAT KESEMUANYA ~
seminggu lagi ~
Salam.
Seminggu sahaja lagi dan ………
1) Mereka sedang sibuk. Hal akademik dan hal sekolah perlu diberikan keutamaan dulu.
2) Mereka sedang sibuk. Pencarian bakat baru dijadikan aktiviti sepanjang malam.
3) Aku pun sedang sibuk. Komitmen diri serta melayan keMalaSan diri !!
‘Ya Allah berilah kami kekuatan dan rezeki Mu’
Tak lama, ada seminggu lagi dan kemudiannya, satu kisah lagi akan dibukukan ~
Moga yang TERBAIK berpihak pada kita !
Amin
Tahniah Semua !
Salam semua.
Kesinambungan dari post ‘HKSBP 2009′ aku nukilkan pula post nie.
Maaflah belum dapat post bersama latest photo sebab belum dipindahkan sementara menunggu cuti sekolah tamat. Nanti bila dah ada latest photo, akan dikepilkan dalam post terbaru ye.
By the way, post ini khas aku tuliskan untuk mengekspresikan perasaan dan menghargai setiap pihak secara langsung atau tidak langsung yang terlibat untuk persediaan dan persiapan pasukan bahas BM SMAPK 2009 di PPM.
Jujurnya, aku sangat lega dan bersyukur atas rahmat dan limpah rezeki ALLAH yang sentiasa PEMURAH dan PENYAYANG. Sememangnya, ALLAH ini MAHA BAIK nya. Percaya dan yakin lah pada janji Nya !
Sekali lagi, team Bahas BM SMAPK berjaya melangkah ke Akhir Bahas PPM 2009. Kali ini, pasukan menampilkan Hairul Izlan, Nur Afiq, Rashid dan Akmal untuk membawa misi. Kesemua mereka adalah batch Tingkatan 5.
TAHNIAH & TERIMA KASIH
Kepada pentadbir SMAPK terutama Pn Hashimah, Pn Zelasari dan Pn Siti Hajar yang sentiasa menjadi tulang belakang TERKUAT.
Kepada semua guru yang menyokong dalam diam, Cik Zuriyal Hanim, Cik Dahlia, Pn Rafidah, Uztzh Saa’diah dan semua guru SMAPK. Terima kasih atas doa.
Kepada semua Alumni Pembahas BM SMAPK, Hisyam, Mustaqim, Hidayat, Zakwan serta lain – lain yang sama-sama mengerti dan tidak jemu membantu. Ingat, walau di mana kita berada, asal-usul dilupa jangan !
Kepada junior pembahas, Naim, Syahmi dan Pian. Belajar sesuatu untuk terus mewarisinya. Thanx coz jadi P.A yang dedikasi pada senior-senior sepanjang di HKSBP.
Kepada Sdr. Ali dan Sdr. Shahid, bantuan korang memang sgt dihargai. Meriah lah bila dapat bersama semuanya.
Kepada Sdr. Azizul Hakim, banyak saya belajar dari abang tentang ilmu debat ini. Terima kasih atas sebuah warisan yang sangat berharga !
Buat Izlan, boleh pun mendengar kata dan berubah. Apa keadaan, dunia ni kita tidak huninya seorang, ego juga tidak salah cuma perlu pandai menggunakannya. DO YOUR BEST 4 JULY ini !!!!
Buat Rashid, abg minta maaf atas segalan tekanan, teguran dan sindiran. Faham-fahamlah ya kenapa agaknya dilakukan sedemikian. Walau apapun, percaya dan yakin pada kebolehan diri. JANGAN SIA-SIAKAN apa-apa. BUAT YANG PALING BEST 4 JULY ini !!!
Buat Akmal, inilah rencahnya kehidupan dunia bahas. Ini juga pengalaman berharga dalam siri baru hidup Akmal. Abg minta maaf kerana tak dapat ‘menaikkan’ Akmal tapi abg percaya u’ll be somebody satu hari nanti. DOA YANG TERBAIK UNTUK PASUKAN KITA 4 JULY ini !!!
Buat Afiq, kan tidak sia-sia masuk lagi tahun ini ? ALHAMDULILLAH. Terima kasih sangat pada komitmen, ‘eager’ dan dedikasi afiq sepanjang prep dan di hksbp hari tu. Tahniah dinobatkan Pembahas Terbaik Keseluruhan BM ! Well, afiq dah menjadi PENCIPTA REKOD dalam bahas SMAPK. Banyak rekod nya dibuat! I am totally proud of u ! X kesah la wallet hilang kan… IC dan Kad banK boleh report dan buat baru.. duit lesap pun RM3.. tentang wallet itu…? hurm,,,kalau sudah ada connection,request kan saja ! Fiq, DO YOUR VERY BEST 4 JULY ini !!!!
TERIMA KASIH & TAHNIAH SEMUA !!!
4 Julai 2009 (Sabtu)
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
SMAP KAJANG bertemu SM SAINS SELANGOR
Kepada semua warga SMAPK dan para ALUMNI SMAPK, datanglah memberi sokongan dan DOALAH KEJAYAAN KEKAL MILIK PASUKAN KITA.
Amin ~
HKSBP PPM 2009
Salam. Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-36 telah selamat dilangsungkan di Sekolah Seri Puteri, cyberjaya hujung minggu yang lalu. Sekolah Seri Puteri telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan ini dengan dibantu oleh Sekolah Sultan Alam Shah (penginapan lelaki) dan SMAP Kajang (aktiviti pengetua SBP).
Kejohanan HKSBP ini diwarnai dengan Pertandingan Bola Keranjang lelaki dan perempuan, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris. Kesemua acara dan pertandingan ini telah selamat dianjurkan dengan jayanya sepanjang 4 hari berkampung.
Berikut adalah keputusan HKSBP 2009 :
BOLA KERANJANG LELAKI
Johan : Sek Men Sains Kuching
Naib Johan : Sekolah Datuk Abdul Razak
BOLA KERANJANG PEREMPUAN
Johan : Sekolah Seri Puteri
Naib Johan : Sekolah Tun Fatimah
BAHAS BAHASA INGGERIS (SEPARUH AKHIR)
Sekolah Seri Puteri vs Sek Men Sains Seremban = SEKOLAH SERI PUTERI
Sek Men Sains Abd Halim vs Sek Men Sains Seri Puteri = SEK MEN SAINS ABD HALIM
BAHAS BAHASA MELAYU (SEPARUH AKHIR)
Sek Men Sains Selangor vs Sekolah Seri Puteri = SEK MEN SAINS SELANGOR
Sek Men Sains Hulu Selangor vs SMAP Kajang = SMAP KAJANG
Pertandingan Akhir Bahas BI dan BM akan dilangsungkan pada 4 Julai 2009 di PICC.
Final English Category : SEK SERI PUTERI vs SEK MEN SAINS ABD HALIM
Akhir Bahasa Melayu : SEK MEN SAINS SELANGOR vs SMAP KAJANG
Tahniah kepada semua warga SBP !!!
AKU MINTA MAAF
Salam.
Aku ingin meminta dan memohon maaf pada semua. Entah mengapa rasa dan naluri hati sangat kuat untuk membuat perakuan n permohonan ini. Mungkin ini jalannya……
1. Atas segala penulisan di blog ini sejak ianya mula tertulis sehingga post ini dinukilkan, bagi mana-mana pihak yang terkesan, terasa, sensitif atau tersentap serta apa jua sinonimnya, AKU MINTA MAAF. Ianya hanya sekadar satu tulisan untuk berkongsi dan meluah rasa, tidak sesekali untuk mencipta permusuhan.
2. Atas segala budi bicara yang tidak disenangi, tidak sopan dan tiada santunnya, AKU MINTA MAAF. Kadang-kadang yang diperkata hendak dijadikan jenaka tapi kerana silap pembawaan kata-kata aku, ianya jadi tafsiran berlainan.
3. Atas segala lagak diri dan tingkah peribadi yang sombong, berlagak, ego,,,, AKU PINTA SEJUTA KEMAAFAN. Memang diri ini sangat lemah ‘PR’,memang diri ini sukar memulakan perbualan, memang diri ini kurang senyumannya, ini memang kelemahan diri aku….. bukan berniat hendak menyombong diri atau berlagak tinggi….
4. Atas segala kata-kata ‘belakang’ atau umpatan, pada mana-mana pihak yang terkesan secara langsung serta pihak yang ‘menambah perisa’ secara tak langsung…. AKU JUA MEMOHON MAAF. Kerana kelemahan perwatakan aku, aku akuinya….
5. Atas semua penipuan dan dusta yang pernah aku buat… pada mana-mana pihak JUJUR AKU PINTA KEMAAFAN.
Untuk rakan taulan sepanjang di sekolah rendah (SK Bkt Beruang) mahupun sekolah menengah (SMAPK), lama tidak bersua MINTA MAAF kerana ‘menyombongkan’ diri.
Begitu juga, buat rakan taulan sepengajian di PASUM dan UM, banyak pengalaman aku timba, banyak ceritera kawan aku alami, penuh rendah diri, AKU MINTA MAAF pada semua.
Buat sahabat dan teman seperjuangan di ORATOR UM, pun banyak kisah suka duka pahit manis bersama, pada segala kisah yang pernah terjadi atau dijadikan atau menjadi……. AKU PINTA SEINFINITI KEMAAFAN.
Serta kelompok junior, senior dan rakan seperjuangan di DEBAT SMAPK, banyak ketenangan aku rasai di sana……. tiada permusuhan pernah aku niatkan…. AKU MINTA MAAF PADA SEMUA.
Jua buat rakan sebaya serta kelompok senior komuniti debat ipt…. aku tahu ramai yang tidak menyenangi diri aku kerana tingkah dan perilaku aku…. AKU POHON KEMAAFAN PADA SEMUA.. sejak awal aku mula bergelumang (sekitar tahun 2005) sehingga akhirnya (2008)…. ’MUSUH hanya di pentas perdebatan’.. tidak ke luar nya… Jujur, aku minta maaf pada semua.
Aku hidup bukan untuk mencari, mencipta atau menambah musuh
Aku berkawan bukan untuk menikam atau mencincang kejujuran
Aku ambil kesempatan pentas maya ini….
Aku ukirkan dengan penuh rendah diri….
AKU MINTA MAAF PADA SEMUA
UIA09: Kerana HIDAYAH Nya ~
Salam.
Jujurnya, kemenangan SMI Al Hidayah pada Kejohanan Interschool Debate UIAM Kategori BM sedikit sebanyak mengundang kejutan dan tanda tanya pada banyak pihak.
Lebih-lebih lagi, laluan SMI Al Hidayah di peringkat genting, menang mara kalah mati bukan lah calang-calang sekolah. Sekolah yang bergelar juara edisi ke-8 ini menundukkan SSP, SMAPK, MRSM TGB dan STAR. Kiranya, kelompok SBP dan MRSM menjadi ‘makanan’ si juara ini lah….
Saya secara peribadi pun agak terkejut dengan kemaraan sekolah persendirian ini sehingga ke peringkat akhir lantaran diangkat sebagai JUARA.
Cuma, ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua berkenaan pasukan Johan ini,berdasarkan pemerhatian.
POSITIF
1. Pasukan ini boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan bahas yang ’stabil’. Bermakna, ketiga-tiga pembahasnya tidak mempunyai masalah untuk berkata2 dan tiada masalah kelancaran pun.
2. Pasukan ini memiliki seorang pembahas ketiga yang kaya dengan elemen humor. Boleh menceriakan orang dengan lagak gayanya. Ini pun boleh dikatakan satu aset dalam sesebuah pasukan bahas.
3. Pasukan ini tidak mempunyai masalah besar dalam pembukaan konsepnya dan style pembawaannya yang tidak keterlaluan. Pemilihan fakta pun boleh lah dikatakan tidak terlalu mengarut. Kesederhanaan mungkin tema tepat untuk pasukan ini.
KURANG POSITIF
1. Pembawaan pasukan yang kadang-kadang dilihat TERLALU MUDAH sedikit sebanyak boleh mengelirukan penonton terutamanya golongan pendebat. Seolah-olah tidak perlu kekritisan dalam melontarkan pembawaan.
2. Sudahlah pembawaan pasukan terlalu dimudahkan, sokongan Fakta dan Bukti bagi menyokong kes dan penghujahan sangat lah kurang. Jika diamati, banyak keadaan, pasukan ini suka menghurai tetapi tiada bukti menyokong. Ini seperkara lagi yang boleh mengundang kekeliruan pada penonton debat.
3. Benar elemen humor adalah satu aset dan bonus dalam pasukan. Tetapi humor yang keterlaluan sehingga konteks ilmiah dan amanah tugas selaku pembidas tidak dapat dijalankan langsung, adakah satu ilmu yang tepat untuk dicontohi juga ? Keadaan ini akan menyebabkan ramai yang hendak buat kelakar dalam berdebat.
Jadi, untuk adil biar saja saya kemukakan tadi 3 yang positif dan 3 kurang positif.
Maka dalam hal ini, apabila seimbang elemen positif dan negatifnya terpulang pada penilaian juri-juri untuk memilih mana yang berkenan di hati mereka. Tidak salah kerana mereka juga berpengalaman malah lebih berkelayakan.
Saya juga banyak belajar dengan memerhati pasukan ini. Mungkin panel juri sangat ‘impress’ dengan pasukan ini, sekalipun mereka bertemu dengan pasukan-pasukan berpengalaman, mereka tidak gentar malahan pandai bermain sentimen.
Ada pihak yang meminta saya memberi komen tentang perlawanan akhir tempoh hari, saya rasa tidak. cukuplah dengan komentar di atas dapat memberikan gambaran pada semua mengenai Johan Ke-8 2009 ini.
Cuma, ada satu perkara yang perlu kita hayati dan amati …………
Ketika 3 orang pembahasnya sedang berbahas dan berjuang di atas pentas, para penyokongnya di bawah begitu leka dan asyik mengalunkan bacaan Yasin ~
Itulah unik nya mereka….. benar kerana ini juga lah satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan !
Hidayah nama sekolah mereka.
Allah memberikan mereka petunjuk dan rezeki.
Tidak hairan lah, panel juri sentiasa terang hati menilai mereka.
Itulah dia…… kerana Hidayah Nya ~
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA DUNIA DEBAT !!!!
UIA09: Transformasi ?
Apa-apa yang akan saya coretkan ini hanyalah sekadar satu pendapat/pandangan/komen/kritikan/pujian berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang hampir 5 hari di bumi UIA. Bukan tujuan untuk mengangkat sesiapa, bukan juga tujuan untuk menjatuhkan sesiapa ya.
ZAMAN TRANSFORMASI
Di mana-mana pun sibuk menjajakan tema pembaharuan atau transformasi.
Baik dari pimpinan pentadbiran negara hingga lah ke siaran televisyen, tema ini diangkat dan dijulang dengan efisien nya.
Tidak ketinggalan juga, untuk Kejohanan Debat UIA Interschool 2009 ini. Tema cocoknya tetap disinonimkan dengan TRANSFORMASI.
Ada beberapa keadaan yang menggambarkan TRANSFORMASI ini tapi baik lah jika saya tidak menyatakannya secara terus. ada perkara yang Lebih Baik Diam.
SISTEM
Kebiasaannya, dilimitasikan kepada 80 buah pasukan tapi tahun ini berlebihan sehingga 100 buah pasukan. Untung kah ?
Kebiasaannya, pusingan double octo final dijalankan sekali tetapi tahun ini diadakan dua kali dengan jumlah layak pasukan turut ditambahkan kepada 32 pasukan ke kalah mati. Katanya, dijalankan dua kali yakni perlawanan tidak sekaligus adalah untuk memastikan KUALITI PENJURIAN… niat murni ni
Kebiasaannya, Top 8 pasukan setelah pusingan kelayakan terus layak ke Pusingan Octo Final tapi kali ini tidak kira lah dalam kelompok Top 8 pun, kena juga bergelumang di double octo.
Kali ini juga, perlawanan pada malam hari diadakan semula. Penat tuh ~
PENGINAPAN
Setelah hampir 7 kali penganjuran, penginapan nya sangat lah klasik pada kelompok ‘marhalah’ yang ’season’, tahun ini, ‘marhalah’ yang diberikan pihak penganjur sangatlah selesa. Benar-benar selesa dan sangat cocok dengan kepadatan pertandingan. Balik beradu dengan aman dan damai. Marhalah Aminah namanya, tempat ’sisters’…..
Kebiasaannya, ramai peserta akan mengeluh dengan kondusi bilik air/tandas/bilik mandi sebab tidak bersih, tidak ada shower, ada kes tak jumpa ‘flush’ tapi kali ini lain cerita nya, ada blok ‘marhalah’ yang ada bilik mandi selesa tapi bekalan air nya tiada. Mungkin isu SYABAS dan Kerajaan Selangor tak habis-habis lagi ni….
PENDEBAT SANGAT BARU
Kali ini, dominasi pendebat – pendebat baru atau sangat baru sangat berleluasa. Kiranya, andai para pendebat sangat baru ini terus gigih menimba pengalaman dan berjuang, Kejohanan UIA ini akan jadi sengit dalam masa 2 – 3 tahun mendatang. Kita tunggu dan lihat ya…
Kengkadang kita perlu akui, ada satu tempoh transisi dari satu era pendebatnya sangat berkualiti dalam kuantiti yang ramai akan ‘hilang’ seketika diambil alih oleh zaman pendebat sangat baru ini. dan begitulah jua putaran nya nanti. Hukum alam debat agak nya….
KEPUTUSAN
Setelah hampir 8 tahun kejohanan dilangsungkan, SBP sangat mendominasi dengan hanya satu edisi juara kepada MRSM. Kali ini, SEKOLAH HARIAN / PERSENDIRIAN diangkat pula. Kiranya dah adil la tuh dengan nama kejohanan… Kejohanan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia. SBP dah, MRSM dah dan HARIAN/PERSENDIRIAN pun sudah. Adil ni….
Ok. Sekian dulu komentar nya.
Kadang – kadang kita perlu akui, hidup ini perlukan TRANSFORMASI.
Kadang-kadang juga, kita perlu tahu, TRANSFORMASI sukar untuk dibuat apatah lagi hendak diterima.
Tidak sabar nak tengok sekual TRANSFORMER……..
Part Akhir – UIA09: Kerana HIDAYAH Nya ~